
|
Subhanallah
Tuesday, February 19, 2013 • 4:31 AM • 0 comments
Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah
SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda:
"Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai
waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu
sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
Ibni Abbas dan Said bin Al-Musaiyib
turut mentafsirkan hadis di atas : "Iaitu orang yang melengah-lengahkan
sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka
bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka
neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah
bersabda : "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan,
maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa
besar". (Riwayat Al-Hakim) - Sumber
Seksaan Bagi Orang Yang Suka Melambatkan Waktu Dan Meninggalkan Solat :
Mereka yang meninggalkan sembahyang akan
menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga
seksaan. Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah :
1) Kubur akan menghimpit-himpit serapat mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.
2) Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.
3) Akan
muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata :
"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan
sembahyang Subuh".
Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik
matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi
kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana
meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib,
dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh
semula. Demikian berterusan seksaa oleh Sajaul Aqra hinggalah kiamat.
|
|